Tika Di KMM semester 1 0405 (part 1)
Assalamualaikum w..b.t. dan salam perpaduan….Dalam blog yang ini pula saya nak mengisahkan diri saya ketika di semester pertama di Kolej Matrikulasi Melaka….
Ketika Hari Pertama
Susah sebenarnya nak tulis pasal orientasi ni sbb dah lebih setahun berlalu….Tanggal 10.5.2004 (rasanya la kalau salah tolong gitau ek…), pada pukul 10.30pagi secara rasminya saya dejadikan warga KMM kerna saya daftar pada waktu tu…Pastu saya pergi ke bilik saya slps diberitahu oleh akak faci yang daftarkan saya… C3.1.2; bilik itu masih lagi kosong dan agak berhabuk, sayalah pelajar pertama yang masuk ke bilik tu. Oleh kerana itu, saya berpeluang untuk memilh tempat saya…
Selepas beberapa minit dating pula roommate saya yang seterusnya…Bad, Saru, dan Zurul….Kami pun mula berkenalan. Selepas itu ibubapa Bad belanja kami semua makan…Pastu pulak saya gi jalan2 Zurul ni jalan2 kat Kluster A n B….(time tu saya jahat lagi, kat sini saya ngaku saya masih lagi jahil nlemah, baru je masuk KMM dah buat x elok….tapi x wat skodeng, kita round satu KMM nak tgk tempat tu macam mana, x tgk pun perempuan…tgk tu ada tapi bukan ikut nafsu)….Kendian kwn saya ni gi cari kengkawan sesekolah dia kat klej tu…Oleh kerana saya sorang je laki dari sekolah lama saya…Saya pun balik bilk tidur…
Lepas solat Asar, saya tersempak ngan kawan skolah lama saya dari form1-3, pastu dia gi SASER, Ahmad Adli….best la jumpa dia….saya pun dapat gan berkenalan ngan Kwan seSASER dia seperti, Shah, Topek, Fariz, Fizi….Best la diorang, kiranay hari pertama tu dah buat kawan dah….Malam tu mulalah ceramah orientasi yang pertama….
Minggu Orientasi
Minggu pertama di KMM, minggu orientasi….Mmg penat betullah orientasi….Start ceramah kul 8pg, habis kul 1 pagi, tension betul…Pastu kene lari dari Dewan Utama ke bilik pastu patah bailk gi Dewan Utama pukul 11 malam…dahtu kene jerit…kene denda lagi kat astaka datang lewat….tension tension….tapi yang bestnya masa minggu ni saya dapat jumpa ramai kawan baru seperti….Muhaimi, Asyraf (dua2 ni praktikum saya), Alif, Che, Hilmi, Che Ku, n ramai lagi…walaupun minggu ni agak stress tapi sgt bernilai sbb kehidupan ni sbnrnya akan jadi stress jika tidak reti nak menguruskan diri sendiri…
Pendek kata itulah pengajaran yang kita bolhe belajar masa minggu orientasi ni…..Saya ingat lagi, pada hari Jumaat, ada perjumpaan satu blok nak pilih M.T ngan ajk-ajk blok, oleh kerana saya ni terlalu poyo, saya dilantik sebagai ketua wing, pastu pulak masa meeting ngan semua ajk termasuk FELO, En. Khairuddin, saya dipilih sebagai Pen. Setiausaha…Kiranya saya ada 2 tanggungjawab la kat blok tu…
Minggu Pertama Belajar
Hari isnin – hari pertama hari akademik KMM, kawan saya Muhaimi berkobar-kobar nak nak gi dewan kuliah, pukul 7.30 pagi dah suruh saya gerak, saya pun cakap “rileklah baru kul 7.30 pg, blum kul 7.50pg, En.Hasbullah cakap 10 minit awal”, dah dia ni mendesak saya…saya pun geraklah ngan dia, dan juga Asyraf…X sangka pukul 7.45 kita sampai dewan kuliah dah penuh dah dewan tu, maklumlah hari pertama, semangat pun tinggi la…Masa kat dewan kuliah tu, saya pun berkenalan lagi dengan beberapa orang kawan, antaranya Asyraf bin Mastor, dan ramai la jugak x ingat beberapa ramai yang saya berkenalan….lepas blajr kat dewan, kitorang berpecah ikut praktikum dan secara x langsungnya saya pun menuju la ke….x ingat la….
Hari Selasa – sepatutnya kelas amali kimia, tapi sebab x blajr apa-apa lagi so kelas tux de, tapi ada cikgu suruh pilih ketua praktikum n pegi jumpa cikgu petang tu…tunggu punya tunggu x saper nak vote sesaper (yela baru satu hari jumpa, nama pun x ingat lagi nak vote camner ek) saya pun dengan poyonya melantik diri saya sendiri sebagai ketua praktikum F4P3 (kuliah fizikal 4 praktikum 3, aku rindu kat korang!!!)….Petang tu pun saya gi jumpa cikgu tu, ditemankan Muhaimi (saya ajak dia ni sbb saya dah rapat ngan dia ni, maklumlah dia ni ahli wing saya…Mula saya tanya la siaper cikgu tu (nama dia Cik Nor Shigim) cari punya cari…perh…lawa giler…..n baik, sopan lah…cakap pun lemah lembut…perh lebih2 pulak saya ni….oklah cikg ni…dia pun bagi saya 1st assignment saya sebagai ketua praktikum, ingat lagi – tulis semua nama ahli praktikum F4P3 and kutip (x silap saya RM3 kot, kalau salah betulkan) pastu bagi kat cikgu…
Hari Rabu – Pada pagi tu spatutnya ada kelas tutorial fizik tapi disebabkna x blajr apa2 lagi saya pun ambil kesempatan untuk wat 1st assignment saya…maka saya pun secara poyonya, mencapab lalu memperkenalkan diri saya kat sume praktikum tu, cakap apa yang kene buat n berapa duit kene bayar untuk beli jotter book…time ada la jugak yang kata saya ni poyo, tapi memang kene poyo pun, kalau x susah la nak wat keje…secara x langsung satu praktikum tu pun kenal saya….
Apaa yang berlaku seterusnya…macam2 berlaku…nak tulis summer susah la…xkan ingat segala-galanya ek…skip ke minggu kedua…
Minggu kedua belajar
Hari isnin – Pertukaran pelajar antara jurusan sains hayat dan fizikal….Masa ni ramai pelajar dari praktikum saya tukar, tapi lagi ramai yang masuk praktikum saya antaranya Mohd Akmal, Haidzer (rasanay la tukar), dan Fadhullah Danial…hari ni ada kelas BI, ni saya ingat lagi sampai skrang, Cikgu BI En.Shamsulbaharin, suruh kitorang cari pasangan laki cari permpuan…ada satu pasangan je dimana laka ngan laki iaitu…Akman dan Muhaimi…perh mmg best la time tu, cikgu suruh kitorang skim partner, si akmal ni pulak byk dia puji muhaimi dan juga sebaliknya…semacam jer bunyi pujian tu, macam…paham-paham jelah…lepas time tu persahabatan antara semua laki semakin rapat…kita sume gi café c pastu makan sama2…best wooo makan sama-sama
Hari rabu – masa tu kelas tutor fizik, Cikgu nak kita gi ke depan kelas pastu memperkenalkan diri sendiri, sesi berta’aruf….bila time saya pulak, cam biasalah saya pun ckplah nama saya, uimur saya mcm2 pasal saya n yang saya ni ketua praktikum (nak jugak cakap)…lepas sesi tu Danial ada tanya camna saya dilantik jadi Ketua praktikum..saya cakp lantik diri sendiri…dia pulak gitau saya yang Allah x redha kalau lantik diri sendiri, takut ada orang x puas hati, kene ada mesyuarat…perh, blum apa2 dah kene tarbiyah(masa time ni saya jahil lagi , tapi terasa takut la jugak kan)…tapi mesyuarat x wat pun saya Cuma tanya semu rkn praktikum sama ada diorang x ksh n redha saya ni jadi ketua praktikum, diorang pun ok jer…oklah…..sekarang secara overall pulak…..
Kompang KMM ‘sekali palu, satu kolej berbunyi’
Mula2 nak citer pasal kompang pulak…Pasukan kompang KMM 0405 ditubuhkan apabila BPS memerlukan pemain kompang, kebetulan YDP BPS masa tu S/U blok saya, dan ada satu malam tu kat surau ada pengumuman kepada sesaper yg nak men kompang, saya pun pegi la…Dia suruh sorang jumpa En. Nasir, masa tu dian ni Pen. Peng. HEP, bagi senarai pemain kompang, tunggu2 punya tunggu, oleh kerana xde saper yang nak, saya pun offer gi jumpa dia tu…masa jumpa En. Nasir, dia pun cakap “oklah secara tak langsungnya buat masa ni kamu jadi Ketua Kompang”. Saya pun setujulah…Masa ni kita suruh untuk bermain kompang sempena persaraan tuan pengarah KMM, Tn. Abbas…yang bestnya, kita men kat hotel, sooooooo dapat makan kat hotel tu free…itulah pengalaman paling best skali sebagai pemain kompang…Yang slack skit, kebanyakan pemain kompang ni, x letak byk commitment untuk bermain kompang, lagi2 bila time malam manifesto, 5 orang je main…
Semester 1 sesi 1
Secara overall,
sesi 1 ni, best sbb time tu ramai orang kat praktikum saya. Masa rehat, kita makan sesamer, gi klas sesamer, solat sesamer, study pun sesamer, pendek kata sumer yang kita wat sesamer lah…tapi satu demi satu pelajar keluar, mula2 ‘Cikgu’ Asyraf….dia melanjutkan pelajaran kat mana tah saya lupa tapi yang saya tau ada kaitan ngan cikgu la…Secara kesulurahannya sesi 1 semester 1 ni saya xdelah aktif sgt….
Ni perkara yang mmg x jadi kat orang lain, slps 3 minggu, roommate saya dapat offer JPA, Zurul…..lepas beberapa minggu, Bad dapat offer JPA gak, diorang dapat gi Jepun…..after a few weeks later, Saru pulak gi kalu tak silap saya UTP…..soooooo tinggallah saya seorang kat bilik C3.1.2….takut woooo…dahla dkt dgn C4….ada kes pulak depan bilik saya…tapi, syukur alhamdulillah, x mende terjadi kat saya….
Semester 1 sesi 2
Yang ni best sikit….masa sem 2 ni, saya semakin rapat dgn AJK2 surau seperti, Fadhullah Danial, Syazwan Jahari, Sulhi Waqiyuddin, Zulkifli Che Noh, Amirrul Firdaus, Abu Khir, Shazwan Sharifuddin, lagi abang naqib saya, Syed Hafidz….mula2 tu malu la jugak nak borak2 ngan diorang, yela saperla saya ni kan, tapi diorang ni memang peramah lah….kalu xde aper nak cakap diorang mesti ada sesuatu nak cakap, macam2 lah yang kita borak…ada sekali tu saya ingat lagi, masa ni saya bukan lagi ajk surau lagi, soooo spatutnya xleh la masuk ofis surau, masa ni diorang tgh borak2 biasa jer, saya pun ada skali; masa tu diorang tgh borak2 kat dlm ofis, saya ada kat pintu tgh berdiri sambil borak2, diorang ckp “buatper tercegat kat situ jer, masukla, ko mmg amat dialu-alukan”, terharu saya bila ckp saya dialukan, dahla bukan ajk surau, sekadar rapat jer ngan diorang, tapi diorang layan seperti saya ajk surau, memang la best….
Keluar lagi seorang pelajar F4P3, Rafeuddin, pergi ke flying academy…..sdey…
Final exam…masa studi saya byk luangkan masa saya kat surau, studi kat sana, rehat kat sana, macam2 kat sana….lps hbs satu kertas, duduk kat surau cari ketenangam…..basically…. I spent most of my time during final exam at the KMM mosque….
Sooooo….secara overallnya….macam nilah sedikit tentang kehidupan saya pada semester 1….byk lagi sebenarnya, tapi karang panjang sgt xder saper nak baca pula ek, oklah after this saya tulis semester, semester yang byk mengajar saya…..